2

Tips Untuk Tidak Mudah Lupa.

Kali ni aku akan bagi tips bagamaimana untuk mengelakkan dari mudah lupa, Lupa ? Semua orang penah terlupa bukan ? tak penah seorang pun di dunia ini akan terlepas dari terlupa kerana itu sudah menjadi lumrah manusia kan ? aku ni lagi lah hari pelupa, memanjang je pelupanya hehehehe...

Untuk Pengenalannya aku info sikit apa itu penyakit PELUPA, bagi nama scientific untuk pelupa ini di kenali sebagai Alzheimer , alzheimer ini merupakan sejenis penyakit penurunan fungsi saraf otak yang kompleks dan progresif, untuk makluman semua pembaca , penyakit pelupa ni bukanlah satu penyakit yang berjangkit, jangan pula ada yang cakap berjangkit tawww, kang tak pesal kena gelak je nanti, huhuhuhu..


Alzheimer atau pelupa ni disebabkan keadaan dimana daya ingatan seseorang merosot dengan teruknya sehinggakan orang yang kena penyakit ni tidak mampu menguruskan diri, fuhh dasyat kan ???? okey lah, itu serba sedikit info yang aku boleh bagi tentang PELUPA atau ALZHEIMER ni....


Namun demikian , kita boleh mengurangkan penyakit pelupa ni , asalkan kena dengan caranya dan mengamalkan petua-petua orang dahulu yang terbukti memang banyak khasiat, so untuk tips-tipsnya ialah , jeng jeng jeng .... hehehe 


Tips yang pertama ialah lakukan senaman otak. Senaman otak ni dapat melatih otak kita untuk mengingat sesuatu. Seperti menghafal al-quran ,bermain sudoku,menghafal tajuk lagu,hafal nama girlfriend ke,bini baru ke,hahahaha...


Tips yang kedua ialah makan makanan yang berkhasiat. Seperti contohnya banyakkan buah-buahan , elakkan dari makan makanan yang berminyak dan paling penting jangan makan segera yang terbukti memang mendatangkan mudaratkan.


Tips yang ketiga ialah perbanyakkan minum air masak, kerana air masak itu sendiri mempunyai khasiat dan rahsia yang kita sendiri tak dapat nak tafsirkan.. hehehe ayat macam professor pulak dah..

Tips yang keempat pula ialah rehatkan otak dan badan , otak dan badan kita memerlukan rehat yang cukup untuk berkerja dan melakukan aktiviti harian kita. sebagai manusia biasa kita memerlukan tidur yang mencukupi dan perlu rehat yang mencukupi , kalau semua tu tak cukup macam mana kita nak berasa cergas dan automatik otak dan badan kita akan lesu dan malas.

Tips yang kelima ialah jangan berfikiran negatif, contohnya perasaan hasad dengki lah , cemburu, memfitnah, bergossip lah , semua tu tak mendatangkan faedah pun ..hihihihi


okeylah itu lah tips serba sedikit yang boleh aku kongsikan dekat korang , andai tersilap maaf dipinta , hehehe

                                                                           -SBBS-







2 Comments


tq, share.... tapi iuzira lebih suka minum air suam


betul tu, sememangnya air suam tu lagi elok, ramai org xtau :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © 2009 Who am i? All rights reserved. Theme by Laptop Geek. | Bloggerized by FalconHive | Distributed by Deluxe Templates