1

5 Muzium yang terseram di dunia !!!!!

Dalam suasana petang ni, aqil nak bercerita tentang 7 muzium yang terseram di dunia, mesti ada yang takut kan, dengar tajuk entry jea mesti semua naik je bulu roma kan ntah2 tibe teringat cerita conjuring pulak hihihi....


aqil pun baru tahu rupa-rupanya ada juga muzium yang genre ala-ala seram ni ye,haishhhh,, ingatkan cuma ada cerita seram je, lepas ni apa pulak lah yang seram kan, muzium ini di kaji berdasarkan artifak yang berada dalam muzium tu dan koleksi seram seperti patung-patung ala2 chucky tu , kepala manusia yang diawet, jadi faktor2 itu yang di ambil kira untuk menglabelkannya sebagai muzium yang terseram.


jadi aqil teruskanlah untuk muzium yang pertama yang terseram ialah :


                                    1.Madame Tussaud




Muzium madame tussaud ialah sebuah muzium lilin yang terkenal di kota london, england, muzium ini telah menempatkan ramai-ramai patung lilin artis-artis terkenal seperti Brad Pit, Angelena Jolie dan lain-lain.

Kini, Muzium ini telah berkembang pesat di daerah Amerika,Asia,Eropah . untuk di Asia muzium ini berada di sekitar bangkok yang menempatkan pelakon-pelakon terkenal dari Asia.. apa yang menyeramkan tentang muzium ini ialah koleksi patung-patung lilin ini seakan menyerupai sebijik dan sama dengan rupa asli yang empunya badan kerana masa dalam proses pembikinan Patung Lilin ni, orang yang membuat patung ni mengukur dan meneliti dengan 100% rupa asal dari segi bentuk badan,muka,hidung,tangan,kaki..

Tambahan pula yang menyeramkan ialah, pada waktu malam agak-agak patung ni bergerak tak? hihihihi...


                           2.new haven ventriloquist






Muzium ini terletak di Kentucky di daerah america syarikat, muzium ini menyimpan pelbagai koleksi boneka. Dahulunya Boneka ini semua digunakan dalam pertunjukkan seni seperti nyanyian dan berlakon. Patung yg ada disini semuanya macam versi chucky lah .. huhuhu .. seram pulak tgk patung banyak-banyak tu kan...

Muzium ini telah diasaskan oleh seorang yang bernama ventriloquist yang tinggal disitu.Agak-agak kalau malam boneka ni semua berjalan tak ? huhuhuhu ...



                              3.The Glore Psychiatric




Muzium ini dikenali sebagai Sebuah Muzium yang menempatkan acara-acara bagaimana untuk merawat orang yang sakit mental di zaman dahulu , Muzium ini menggunakan Replika penuh dan asli semasa rawatan Sakit mental ini dijalankan dan prosesnya memamng sama apa yang dilakukan untuk rawatan sakit mental.. Contoh rawatan yang ada tu macam kejutan eletrik lah ..pehhh kejam tu... takut gua !! huhuhu.. 



             4.The Capuchin Catacombs of Palermo





Muzium ini terletak di selatan itali iaitu di daerah Palermo, Pada Mulanya Tapak Muzium ini ialah sebuah tanah perkuburan bawah tanah yang digunakan zaman dahulu tapi kini tapak pekuburan itu telah dinaik taraf dan dijadikan muzium bawah tanah yang menempatkan koleksi rangka-rangka orang zaman dahulu untuk tatapan pelancong yang datang ke sini. ..huhhhhh ada berani ke nak dtg sini, kalau aqil sah-sah dah lari laju2
tak ingat dunia...seram tuuu...



                                       5.Muzium Mutter 





Muzium Mutter ialah Muzium yang menempatkan bahagian tubuh badan manusia yang sebenarnya yang telah diawetkan untuk menjadi bahan-bahan kajian para-para pelajar .

Sebahagian besarnya tubuh badan yang terdapat di Mutter Muzium datangnya dari kematian yang amat dasyat..fuhhhh... Selain tubuh badan , kepala-kepala juga menjadi koleksi di muzium ini . Bahkan, usus-usus pun salah satu koleksi yang terdapat didalam muzium ini.. Pehhh x sanggup nak dtg.. boleh mimpi ni.. hihi .



Jadi itu lah senarai 5 muzium yang menyeramkan didunia, sebenarnya ada banyak lagi muzium yang seram-seram, kalau rajin-rajin tgk2 lah documentary .pasti ada cerita ni... huhuhu ... Lepas ni ada x yang bercadang nak pergi salah satu muzium tu huhuhu, kalau nak are qil ada buat tempahan tour ni hihihihi :)

1

Tempat Percutian Menarik Di Negeri Sembilan








Assalamualaikum, jadi hari ni aqil nak kongsikan sikit info bab-bab tempat-tempat percutian yang menarik di MALAYSIA, tak perlulah nak pergi jauh-jauh dah lepas ni , kita bercuti dalam Malaysia je okey ! :)

So, tempat percutian yang pertama ialah di Negeri Sembilan iaitu di selatan tanah air kita , korang semua mesti taw kan kat mana negeri sembilan,kalau x taw juga, tekan jea laa google x pun tekan je kt GPS tu...huhuhu ..di negerik lah yang korang sendiri boleh lawati dan yang paling penting !! Semua tempat ni di dalam MALAY sembilan ni mmg banyak sebenarnya tempat-tempat yang menarik boleh dilawati,x kiralah bersama family ataupun kawan-kawan....

Sebagai Contohnya ialah di :

Gunung Telapa Buruk yang terletak berhampiran dengan Kampung


Ulu Klawang.Gunung ini mempunyai ketinggian setinggi lebih kurang 1193 meter (3913 kaki) dari aras laut.Gunung ini terletak pada latitud U2°50'28" dan longitud T102°04'14".Di atas gunung ini juga terdapat menara pemancar telekomunikasi milik Celcom.Gunung Telapa Buruk ini mempunyai hutan Dipterokarp Bukit dan hutan Dipterokarp atas.Terdapat juga banyak flora di gunung ini yang mempunyai nilai perubatan.Gunung ini juga sesuai untuk diterokai ataupun melakukan aktiviti seperti 'Jungle Trecking' kerana sesuai untuk menyihatkan tubuh badan.







Selain itu , Di Negeri Sembilan juga terkenal dengan Pantai yang Cantik dan airnya yang jernih dan salah satu destinasinya ialah
Pantai Teluk Kemang yang terletak di Port Dickson,Negeri Sembilan.Jaraknya cuma 10km ke selatan dari bandar Port Dickson.Kawasan perkelahan ini di panggil Port Dickson sahaja walaupun pantai ini terletak di sepanjang pantai Teluk Kemang.Pantai ini juga popular di kalangan penduduk Lembah Kelang dan lain-lain untuk mandi-manda terutamanya pada hujung minggu.Pada waktu senjanya pula,kita dapat melihat matahari terbenam di balik laut.Tempat ini amat sesuai untuk sesiapa yang hendak 'honeymoon' kerana tempatnya amat indah dan menarik untuk dinikmati bersama yang tersayang. jangan buat benda lain sudah la ye :)






Bahkan,di Negeri Sembilan terdapat Sebuah Istana yang cantik dan tersengam indah hingga ke hari ni dan pembinaan dia sangat-sangatlah unik kerana dipercayai tanpa menggunakan sebarang paku..wah hebat bukan seni orang zaman dahulu kala :)

2

Amalan Bagi Mengelak Gangguan Jin Dan Syaitan ...

Di malam hari ni ,akil akan berkongsikan serba sedikit amalan yang boleh anda semua amalkan untuk mengelak dari ganguan Jin atau Syaitan, Di zaman moden ini, mungkin tidak ramai lagi mengamalkan amalan ini , tapi tahukan anda , tidak kira zaman moden atau pun maju ,Syaitan akan sentiasa ada dimana dan sentiasa akan bersama kita hingga ke hari KIAMAT !! okeylah ,tanpa membuang masa dan tanpa mendengar celoteh aqil yang panjang ni, akil akan kongsikannya ye :) 


Ketahanan roh dah jasad perlu dalam usaha mengelakkan diri daripada gangguan iblis dan syaitan. Selain daripada memperkuatkan roh dengan menghampirkan diri kepada Allah SWT, langkah berikut penting dilakukan pada masa yang sama.

1.      Makan Tamar ‘Ajwah dan Tamar Madinah
Amalkan memakan tamar (kurma) ‘ajwah dan jika boleh makan bersama tamar madinah. Sekiranya anda tidak boleh mendaptkan kedia-dua jenis tamar tersebut, makanlah apa-apa jenis tamar yang ada supaya menepati sabda Rasulullah S.A.W. yang berbunyi :

“Barang siapa yang memakan tujuh biji tamar’ajwah, dia tidak akan mendapat sebarang kemudaratan racun atau sihir yang terkena pada hari itu”. (Riwayat Al Bukhari)





2.      Berwuduk Sebelum Tidur
Kesan sihir tidak akan memberi sebarang kesan terhadap seseorang muslim yang mempunyai wuduk. Setiap muslim yang berwuduk akan sentiasa dikawal ketat oleh para Malaikat sebagaimana diperintahkan oleh Allah S.W.T kepada mereka bertapa kuatnya orang yang berwuduk kan? Sabda Rasulullah S.A.W.

Ertinya : “Sucikanlah jasad-jasad ini mudah-mudahan Allah akan menyucikan kamu, Kerana sesungguhnya tiada seorang pun dari mereka yang bersuci terlebih dahulu sebelum tidur, melainkan anda bersamanya” Malaikat tersebut tidak akan pernah terlali walaupun sedetik untuk mengucapkan doa : “Ya Allah!Ampunilah dosa hambaMu ini kerana dia telah tidur dalam keadaan bersuci” (Riwayat AT Tabraabiy Dengan Sanad Yang Baik)

3.      Mengambil Berat tentang Solat Berjemaah
Mengambil berat tentang solat berjemaah akan menjadikan seseorang muslim bebas serta aman dari gangguan syaitan.
Mengikut riwayat Abu Hurairah r.a., Rasululllah S.A.W. telah bersabda.

Ertinya: “Mana-mana kampung mahupun kawasan hulu yang tidak mendirikan solat berjemaah meskipun penduduknya cuma tiga orang, nescaya akan didampingi oleh syaitan.” Oleh itu hendaklah dirikan solat berjemaah, sesungguhnya serigala akan memakan kambing-kambing yang menyendiri dari puaknya. (Riwayat Abu Daud Dengan Sanad)



4.      Mendirikan Solat Tahajjud untuk Memagarkan Diri dari Sihir
Rajin-rajinlah Bangun mengerjakan solat malam dan janganlah mempermudah-mudahkannya. Sifat mempermudah-mudahkan bangun bersolat malam boleh memberi ruang kepada syaitan untuk menguasai diri seseorang itu.

5.      Membaca Doa Perlindungan apabila Masuk Di Dalam Tandas
Ini adalah paling mustahak kerana tandas adalah tempat kotor dan merupakan rumah bagi syaitan.

Doa masuk tandas:
Apabila Rasulullah S.A.W. mahu memasuki tandas, Baginda S.A.W. akan membaca doa perlindungan dengan berkata :

 Ertinya : “Dengan nama Allah. Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung dengan-Mu dari sebarang kekotoran dan gangguan syaitan.” (Riwayat Al Bukhari dan Muslim) Maksudnya adalah berlindung dari gangguan syaitan-syaitan jantan dan betina

Doa keluar tandas:

 Ertinya: "Bersyukur kepada Allah yang telah mengurniakanku kenikmatan dan mengekalkan dalam diriku kekuatan dan menjauhkan segala penyakit daripada aku." (Riwayat Ibnu sunni dan al-Tabarani)


6.      Sentiasa mengingati Allah 
    dan menghampirkan diri kita kepadaNya dengan melakukan ibadah yang wajib dan amalan-amalan sunat yang berterusan. Sesungguhnya semakin hampir seseorang itu kepada Allah, maka semakin jauhlah iblis dan syaitan daripadanya.

7.      Zikrullah di waktu pagi dan petang,
Kalau ada masa yang terluang boleh lah berzikir terutamanya selepas sembahyang subuh dan asar.  " Perbezaan antara rumah yang dilakukan zikir dalamnya dengan rumah yang tiada zikir adalah seperti hidup dengan mati".Maksud hadis riwayat Muslim.


8.      Elakkan daripada menangis bersangatan
     Janganlah menangis tak tentu pasal ,menjerit, berbual atau bersolek di bilik air, ataupun menjerit di tempat sunyi,biasanya ni terjadi bila nak mandi kan.

9.      Sentiasa menutup aurat.
     sentiasalah menutupi aurat,kerana aurat itu amat penting dalam Islam, Aurat itu boleh mengelakkan kita dari fitnah dan bahana jin syaitan.

10.  Jangan membunuh binatang yang masuk rumah, termasuk ular, kecuali setelah memberi amaran sebanyak 3 kali,kerana jin dan syaitan acapkali suka menyerupai binatang.

11.  Jangan memakai tangkal dan azimat.
   
Kerana perbuatan memakai azimat dan tangkal adalah menyekutukan ALLAH,dosa menyekutukan ALLAH amatlah besar,memintalah pertolongan darinya bukannya mempercayai kepercayaan yang mengarut !

12.  Elakkan tinggal atau berkunjung di rumah usang, kubur, tempat yang terasing. Elakkan sembahyang di tempat sembelihan binatang, ketika matahari naik atau terbit.

13.  Jangan buang air kecil di batu, beristinjak dengan tulang atau najis.

14.  Jangan buang air kecil atau bermain-main di pancuran kotor atau longkang.

15.  Jangan biarkan anak-anak kecil berada di luar rumah ketika matahari masuk. Syaitan berkeliaran pada masa itu.

16.  Tutup semua makanan, jangan biarkan terdedah. Tutup bekas tempat menyimpan makanan dengan menyebut nama Allah, begitu juga ketika menutup pintu.

17.  Jauhkan maksiat. Semakin jauh maksiat, maka semakin jauhlah seseorang itu daripada syaitan dan semakin hampir kepada Allah SWT.

18.  Jangan berseorangan terutamanya ketika bermusafir.

19.  Serah diri dan tawakkal kepada Allah ketika keluar dari rumah.

20.  Baca satu surah daripada surah Al-Quran sebelum tidur.

21.  Jadikan amalan membaca ayat ini

“Dengan nama Allah, tidak akan berlaku kemudaratan di samping nama-Nya itu, sesuatu yang turun dari langit atau dari bumi, dan Dialah Allah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.”

22.  Berikut adalah senarai ayat-ayat ruqyah syari'yah yang  perlu diamalkan:-

Ayat-ayat asas Ruqyah Syari'yah

1 Al-Fatihah

2 Al-Baqarah 1-5

3 Al-Baqarah 102

4 Al-Baqarah 163-164

5 Al-Baqarah (Ayatul Kursi)

6 Al-Baqarah 285-286

7 Ali-Imran 18-19

8 Al-'Araf 54-56

9 Al-'Araf 117-122

10 Yunus 81-82

11 Toha 69

12 Al-Mukminun 115-118

13 As-Soffaat 1-10

14 Al-Ahqaaf 29-32

15 Ar-Rahman 33-36

16 Al-Hasyr 21-24
17 Al-Jin 1-9

18 Al-Ikhlas
19 Al-Falaq

20 An-naas

Ayat-ayat Pembakar

1 Ali Imran ayat 181.

2 Al-Anfal ayat 50

3 Al-Hajj ayat 9

4 Al-Hajj ayat 19-22

5 Al-Buruj ayat 22

Ayat-ayat Syifa'

1 Al-Isra' ayat 82

2 Yunus ayat 57

3 At-taubah ayat 14

4 An- Nahl ayat 69

5 As-Syu'ara' ayat 80

6 Fussilat ayat 44.


SEMOGA INFO INI DAPAT MEMBANTU SAUDARA DAN SAUDARI DARI GANGUAN JIN DAN SYAITAN ...

1

"GIVEAWAY DESPICABLE ME, SI MINIONS COMEL BY CHN".

Assalamualaikum , Sebabkan Akil Minat dengan Minnion nie,so Akil Join laa giveaway ni huhuhuhu,,, Harap2 lah menang kan.. kalau menang tu kira rezekilah,kalau x dapat mungkin xde rezeki lah tu ,,, huhuhu So mari lah ramai2 join... :)

BANNER GA



SYARAT-SYARAT 
 WAJIB ada Blog dan Facebook
 Buat Entri bertajuk "GIVEAWAY DESPICABLE ME, SI MINIONS COMEL BY CHN".
 COPY coding di bawah dan PASTE di ruang HTML entri.

 FOLLOW BLOG DAN LIKE FANPAGE 

 KLIK IKLAN  *TUNGGU SAMPAI HABIS LOADING..PLEASE JUJUR OKEY*
          

 Publish! Dan tinggalkan link entri diruang komen.Tempat lain tidak akan diterima..
 Tarikh tamat 25 NOVEMBER 2013. Umum pemenang 26 NOVEMBER 2013.


# PEMILIHAN PEMENANG BERDASARKAN RANDOM.ORG #

SENARAI BAKAL PEMENANG *Akan di update*



0

Cara-Cara Tidur Dalam Islam...

Assalamualaikum, so hari nie aqil nak berkongsi serba sedikit bagaimana cara-cara tidur dan adab di dalam islam, hahhh Agama Islam ni sangatlah mementingkan adab ,sampai tidur pun ada cara-cara dan adabnya, Islam itu sendiri sempurna dan tidak membebankan umatnya malah islam mengajar kita tentang erti kesabaran,keihklasan serta penuh dengan kesopanan dan keadaban dalam tingkah laku setiap hari.




Jadinya, ada Empat Cara Tidur Mengikut Sunnah Nabi Muhammad S.A.W yang kita sayangi iaitu :


1. Berwudhuk, mengiring sebelah kanan, dan berdoa.

Hadis riwayat Bukhari dan Muslim bermaksud : "Jika kamu akan tidur maka berwudhu'lah bagaikan kamu akan sembahyang, kemudian berbaring atas pinggang kanan dan bacalah do'a ini (seperti do'a yang dijelaskan selepas ini) dan jadikanlah bacaan do'a itu yang terakhir daripada bacaanmu (perkataanmu)".


2. Membaca 3 Kul, kemudian menyapukan keseluruh badan

Menurut Ummul Mukminin Aisyah ra. Beliau berkata: “Bila Rasulullah SAW berbaring di tempat tidurnya, baginda akan menghinmpunkan kedua telapak tangannya, lalu meniup keduanya dan dibaca pada keduanya surat Al-Ikhlash, Al-Falaq, dan An-Naas. Kemudian disapunya seluruh badan yang dapat disapunya dengan kedua tangannya. Baginda memulakan dari kepalanya, mukanya dan bagian depan dari badannya. Beliau lakukan hal ini sebanyak tiga kali.” (HR. At-Tirmidzi , Lihat Kitab Syamail Muhammad cet Telaga Biru, hlm 167-168 )

3. Tidur di atas sisi sebelah kanan (rusuk kanan) berbantalkan tangan kanan.
Walaupun kita digalakkan mendahulukan posisi tidur di atas sisi sebelah kanan (rusuk kanan) dan berbantal dengan tangan kanan, namun tidaklah menjadi masalah apabila berubah posisinya ke sebelah sisi kiri. Perkara ini berdasarkan sabda Rasulullah: “Berbaringlah di atas rusuk sebelah kananmu.” (HR. Al-Bukhari dan Muslim)

4. Nabi melarang tidur menelungkup


Hadis ini bermaksud : Tidak dibenarkan terlungkup dengan posisi perut sebagai tumpuannya samada ketika tidur malam atau pun tidur siang. “Sesungguhnya (posisi tidur terlungkup) seperti itu adalah posisi tidur yang dimurkai Allah Azza Wa Jalla.” (HR. Abu Daud dengan sanad yang shohih)

Selain itu terdapat juga Adab-Adab Lain Sebelum Tidur Seperti Contohnya Menurut Ab Aziz bin Fathi as-Sayyid Nada dalam Kitab Ensiklopedia Adab Islam, antara adab-adab tidur yang menjadi amalan Nabi S.A.W dan salafussoleh ialah :

1. Mengikhlaskan niat supaya tidur itu untuk memberi kekuatan untuk beramal selepas bangkit kelak.
2. Tidak tidur di tempat terbuka yang mudah dilihat manusia.
3. Elakkan tidur sewaktu kekenyangan.
4. Tidur dalam keadaan suci.
5. Tidur dalam keadaan berwudhuk.
6. Membaca surah dan ayat yang menjadi amalan Nabi s.a.w sebelum tidur.
7. Bercelak dengan celak.Ini berdasarkan hadis yang yang bermaksud : Henaklah kamu tidur dengan bercelak kerana ia dapat mencerahkan pandangan dan melebatkan bulu mata. ( riwayat al-Tirmizi, Ibn Majah dan al-Hakim )
8. Mengerjakan solat sunat seperti witir sebelum tidur.Ini adalah berpandukan kepada hadis riwayat Ahmad yang bermaksud : Orang yang tidak tidur hingga dia mengerjakan solat witir adalah orang yang bertekad kuat.
9. Mengibaskan tempat pembaringan dengan hujung kain dan mengucapkan bismilLah seperti riwayat al-Tirmizi.
10. Bersiwak atau bersugi ketika bangun pada malam hari seperti yang diriwayatkan dari Ibn Adiy.
11.posisi tidur yang digalakkan berpandukan kepada hadis adalah di atas dada bahagian kanan.


4

Kisah Sedih Anjing Bernama Hachiko ....

so untuk hari ni ,aqil nak bercerita serba sedikit tentang anjing jepun yang bernama HACHIKO..
mesti ada yang dah tahu kan tentang kisah anjing yang bernama hachiko ni kan, kalau dah tahu takpe lah , cuma aqil nak troll balik cerita tentang kisah seekor anjing yang setia menunggu tuannya ...

Hachiko lahir pada 10 november 1923 adalah seekor anjing yang berbaka Akita Anu , Pemilik kepada anjing ini ialah seorang professor yang berkerja di Universiti Tokyo ,sewaktu hachiko berumur 2 bulan , hachiko ni telah dibawa ke rumah Profesor Ueno di Shibuya , Profesor Ueno suka sangat memangil hachiko ni dengan pangilan "Hachi" yang bermaksud cahaya,

Profesor telah menganggap hachiko ni seperti anaknya sendiri ,kiranya dimana ada profesor disitulah pasti ada hachiko kesayangannya, hachiko sangat mengemari Yakitori kiranya macam sate ayam lah... :)


apa yang istimewa tentang sang anjing ini , selama 1 tahun lebih , hachiko akan menunggu kepulangan tuannya dari kota tokyo di Stesen Keretapi Shibuya,

tapi takdir telah menulis segalanya-galanya , Pada tanggal 25 mei 1925, Profesor  Ueno telah diserang angin ahmar secara tiba-tiba di tempat dimana dia berkerja, Profesor Ueno telah meninggal dunia di tempat kerjanya dan tidak sempat pulang untuk berjumpa dengan hachiko kesayangannya itu ,


Maka setelah kematian Profesor Ueno, hachiko telah dijaga oleh saudaranya , rumahnya tidak begitu jauh dari stesen keretapi shibuya ,

Pada satu hari, Hachiko merasa akan kesunyian serta kerinduaan yang amat mendalam akan tuannya , kerinduaannya itu tidak dapat digambarkan bagaimana perasaan hachiko ketika itu, sebak rasanya...
hachiko telah lari dari rumah dan telah menuju ke stesen keratapi shibuya untuk menunggu kepulangan tuannya dengan harapan akan bertemu dengan tuannya ,wal hal tuannya telah pun mati dan meninggalkannya .. mungkin kita tak dapat bayangkan betapa rapatnya hachiko semasa hidupnya profesor Ueno hidup...

Hampir setiap hari hachiko akan berada di stesen keretapi shibuya untuk menunggu kepulangan tuannya yang telah pun mati , tanpa merasa penat, lapar dan tanpa jemu tetap menunggu :(

Pada Tahun 1928, Stesen keretapi shibuya telah dinaik taraf sepenuhnya, namun dalam kesibukan kerja-kerja penaik taraf dilakukan , hachiko telah menyusup masuk kedalam bagunan itu dan tetap menunggu tuannya kembali .. hachiko tidak penah pernah kenal erti berputus asa, KAGUM !




inilah salah satu gambar yang memperlihatkan hachiko menunggu di ruangan stesen keretapi shibuya..


Pada tahun 8 march 1935,  pada saat dia merindui akan tuannya itu dia telah menghembuskan nafas terakhirnya dalam keadaan kerinduaan yang teramat sangat , sesungguhnya hanya dia sahaja yang memahami perasaan itu ..

Berita akan hachiko telah pun tersebar luas di dalam surat khabar , mahupun di television... sebuah tempat di jepun telah mendirikan tugu Hachiko untuk memperingati hachiko 
selain itu, patung hachiko telah diukir di stesen keratapi shibuya yang menjadi simbolik akan stesen keretapi api itu,

sesungguhnya ketabahan hachiko dalam menunggu kepulangan tuannya amatlah dikagumi. bagaimana kita boleh berfikir seekor anjing yang sangat setia dan amat sayang pada tuannya ...

sayangilah binatang kesayangan anda :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © 2009 Who am i? All rights reserved. Theme by Laptop Geek. | Bloggerized by FalconHive | Distributed by Deluxe Templates