4

Kisah Sedih Anjing Bernama Hachiko ....

so untuk hari ni ,aqil nak bercerita serba sedikit tentang anjing jepun yang bernama HACHIKO..
mesti ada yang dah tahu kan tentang kisah anjing yang bernama hachiko ni kan, kalau dah tahu takpe lah , cuma aqil nak troll balik cerita tentang kisah seekor anjing yang setia menunggu tuannya ...

Hachiko lahir pada 10 november 1923 adalah seekor anjing yang berbaka Akita Anu , Pemilik kepada anjing ini ialah seorang professor yang berkerja di Universiti Tokyo ,sewaktu hachiko berumur 2 bulan , hachiko ni telah dibawa ke rumah Profesor Ueno di Shibuya , Profesor Ueno suka sangat memangil hachiko ni dengan pangilan "Hachi" yang bermaksud cahaya,

Profesor telah menganggap hachiko ni seperti anaknya sendiri ,kiranya dimana ada profesor disitulah pasti ada hachiko kesayangannya, hachiko sangat mengemari Yakitori kiranya macam sate ayam lah... :)


apa yang istimewa tentang sang anjing ini , selama 1 tahun lebih , hachiko akan menunggu kepulangan tuannya dari kota tokyo di Stesen Keretapi Shibuya,

tapi takdir telah menulis segalanya-galanya , Pada tanggal 25 mei 1925, Profesor  Ueno telah diserang angin ahmar secara tiba-tiba di tempat dimana dia berkerja, Profesor Ueno telah meninggal dunia di tempat kerjanya dan tidak sempat pulang untuk berjumpa dengan hachiko kesayangannya itu ,


Maka setelah kematian Profesor Ueno, hachiko telah dijaga oleh saudaranya , rumahnya tidak begitu jauh dari stesen keretapi shibuya ,

Pada satu hari, Hachiko merasa akan kesunyian serta kerinduaan yang amat mendalam akan tuannya , kerinduaannya itu tidak dapat digambarkan bagaimana perasaan hachiko ketika itu, sebak rasanya...
hachiko telah lari dari rumah dan telah menuju ke stesen keratapi shibuya untuk menunggu kepulangan tuannya dengan harapan akan bertemu dengan tuannya ,wal hal tuannya telah pun mati dan meninggalkannya .. mungkin kita tak dapat bayangkan betapa rapatnya hachiko semasa hidupnya profesor Ueno hidup...

Hampir setiap hari hachiko akan berada di stesen keretapi shibuya untuk menunggu kepulangan tuannya yang telah pun mati , tanpa merasa penat, lapar dan tanpa jemu tetap menunggu :(

Pada Tahun 1928, Stesen keretapi shibuya telah dinaik taraf sepenuhnya, namun dalam kesibukan kerja-kerja penaik taraf dilakukan , hachiko telah menyusup masuk kedalam bagunan itu dan tetap menunggu tuannya kembali .. hachiko tidak penah pernah kenal erti berputus asa, KAGUM !




inilah salah satu gambar yang memperlihatkan hachiko menunggu di ruangan stesen keretapi shibuya..


Pada tahun 8 march 1935,  pada saat dia merindui akan tuannya itu dia telah menghembuskan nafas terakhirnya dalam keadaan kerinduaan yang teramat sangat , sesungguhnya hanya dia sahaja yang memahami perasaan itu ..

Berita akan hachiko telah pun tersebar luas di dalam surat khabar , mahupun di television... sebuah tempat di jepun telah mendirikan tugu Hachiko untuk memperingati hachiko 
selain itu, patung hachiko telah diukir di stesen keratapi shibuya yang menjadi simbolik akan stesen keretapi api itu,

sesungguhnya ketabahan hachiko dalam menunggu kepulangan tuannya amatlah dikagumi. bagaimana kita boleh berfikir seekor anjing yang sangat setia dan amat sayang pada tuannya ...

sayangilah binatang kesayangan anda :)

4 Comments


kesiannya.. suka mesej terakhir tu.. sayangi haiwan :)


yup... sedih sgt2.. blom lg tgk Movie dia...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © 2009 Who am i? All rights reserved. Theme by Laptop Geek. | Bloggerized by FalconHive | Distributed by Deluxe Templates