1

5 Muzium yang terseram di dunia !!!!!

Dalam suasana petang ni, aqil nak bercerita tentang 7 muzium yang terseram di dunia, mesti ada yang takut kan, dengar tajuk entry jea mesti semua naik je bulu roma kan ntah2 tibe teringat cerita conjuring pulak hihihi....


aqil pun baru tahu rupa-rupanya ada juga muzium yang genre ala-ala seram ni ye,haishhhh,, ingatkan cuma ada cerita seram je, lepas ni apa pulak lah yang seram kan, muzium ini di kaji berdasarkan artifak yang berada dalam muzium tu dan koleksi seram seperti patung-patung ala2 chucky tu , kepala manusia yang diawet, jadi faktor2 itu yang di ambil kira untuk menglabelkannya sebagai muzium yang terseram.


jadi aqil teruskanlah untuk muzium yang pertama yang terseram ialah :


                                    1.Madame Tussaud




Muzium madame tussaud ialah sebuah muzium lilin yang terkenal di kota london, england, muzium ini telah menempatkan ramai-ramai patung lilin artis-artis terkenal seperti Brad Pit, Angelena Jolie dan lain-lain.

Kini, Muzium ini telah berkembang pesat di daerah Amerika,Asia,Eropah . untuk di Asia muzium ini berada di sekitar bangkok yang menempatkan pelakon-pelakon terkenal dari Asia.. apa yang menyeramkan tentang muzium ini ialah koleksi patung-patung lilin ini seakan menyerupai sebijik dan sama dengan rupa asli yang empunya badan kerana masa dalam proses pembikinan Patung Lilin ni, orang yang membuat patung ni mengukur dan meneliti dengan 100% rupa asal dari segi bentuk badan,muka,hidung,tangan,kaki..

Tambahan pula yang menyeramkan ialah, pada waktu malam agak-agak patung ni bergerak tak? hihihihi...


                           2.new haven ventriloquist






Muzium ini terletak di Kentucky di daerah america syarikat, muzium ini menyimpan pelbagai koleksi boneka. Dahulunya Boneka ini semua digunakan dalam pertunjukkan seni seperti nyanyian dan berlakon. Patung yg ada disini semuanya macam versi chucky lah .. huhuhu .. seram pulak tgk patung banyak-banyak tu kan...

Muzium ini telah diasaskan oleh seorang yang bernama ventriloquist yang tinggal disitu.Agak-agak kalau malam boneka ni semua berjalan tak ? huhuhuhu ...



                              3.The Glore Psychiatric




Muzium ini dikenali sebagai Sebuah Muzium yang menempatkan acara-acara bagaimana untuk merawat orang yang sakit mental di zaman dahulu , Muzium ini menggunakan Replika penuh dan asli semasa rawatan Sakit mental ini dijalankan dan prosesnya memamng sama apa yang dilakukan untuk rawatan sakit mental.. Contoh rawatan yang ada tu macam kejutan eletrik lah ..pehhh kejam tu... takut gua !! huhuhu.. 



             4.The Capuchin Catacombs of Palermo





Muzium ini terletak di selatan itali iaitu di daerah Palermo, Pada Mulanya Tapak Muzium ini ialah sebuah tanah perkuburan bawah tanah yang digunakan zaman dahulu tapi kini tapak pekuburan itu telah dinaik taraf dan dijadikan muzium bawah tanah yang menempatkan koleksi rangka-rangka orang zaman dahulu untuk tatapan pelancong yang datang ke sini. ..huhhhhh ada berani ke nak dtg sini, kalau aqil sah-sah dah lari laju2
tak ingat dunia...seram tuuu...



                                       5.Muzium Mutter 





Muzium Mutter ialah Muzium yang menempatkan bahagian tubuh badan manusia yang sebenarnya yang telah diawetkan untuk menjadi bahan-bahan kajian para-para pelajar .

Sebahagian besarnya tubuh badan yang terdapat di Mutter Muzium datangnya dari kematian yang amat dasyat..fuhhhh... Selain tubuh badan , kepala-kepala juga menjadi koleksi di muzium ini . Bahkan, usus-usus pun salah satu koleksi yang terdapat didalam muzium ini.. Pehhh x sanggup nak dtg.. boleh mimpi ni.. hihi .



Jadi itu lah senarai 5 muzium yang menyeramkan didunia, sebenarnya ada banyak lagi muzium yang seram-seram, kalau rajin-rajin tgk2 lah documentary .pasti ada cerita ni... huhuhu ... Lepas ni ada x yang bercadang nak pergi salah satu muzium tu huhuhu, kalau nak are qil ada buat tempahan tour ni hihihihi :)

1 Comments


Assalamualaikum, singgah dan follow di sini. Jemput ke blog saya pula ya. Terima kasih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © 2009 Who am i? All rights reserved. Theme by Laptop Geek. | Bloggerized by FalconHive | Distributed by Deluxe Templates