2
Tips : Mengurangkan Stress
Assalamualaikum, untuk 1st penulisan aku ini, aku akan berikan tips bagaimana nak mengurangkan stress, macam korang semua tahu , semua orang akan mengalami stress ni kan ? tipulah kalau korang tak penah kena stress ni kan... adakalanye sampai boleh jadi gila dibuatnya, silap-silap meroyan tak tentu pasal hehehe :)
okey , apa yg aku sharekan ni hanya sebahagian tips-tips yang aku rasa sesuai lah untuk dipratikan oleh korang semuakan.. okey mula2.....
1. Mencari dan Menikmati Ketenangan
Luangkan masa untuk berjalan-jalan di kawasan persekitaran tenang seperti di tepi pantai, sungai atau taman rekreasi. Carilah ketenangan dengan menikmati segala keindahan yang telah dianugerah Ilahi dan lupakan seketika segala masalah yang dihadapi. InsyaAllah hati akan lebih tenang..
2. Perbanyakkan membaca Al-Quran
Al-Quran patut dijadikan teman akrab sepanjang waktu. Dengan membaca Al-Quran hati menjadi lebih tenang dan berfikir lebih rasional. Malahan, ganjaran yang besar akan diberikan Allah bagi sesiapa yang membaca Al-Quran walaupun satu ayat
3. Lakukan aktiviti luar seperti bersukan, jogging, beriadah
Badan yang cergas akan membentuk otak yang cerdas. Jadi segala stress akan dapat dilupakan apabila melakukan aktiviti-aktiviti luar yang dapat menyihatkan badanseperti bersukan dan jogging. Situasi akan menjadi lebih gembira jika kita meluangkan masa membawa keluarga pergi beriadah. Tambahan, ia dapat mempereratkan ikatan kekeluargaan menjadi lebih erat dan mesra
4. Mendengar Lagu atau muzik yang mendamaikan
Dengarlah lagu yang boleh menaikkan mood kitta, jangan pula korang pergi layan lagu yg heavy mental pula ye, kan tak pasal-pasal makin stress ,silap-silap bunuh diri pula :p
5.Jerit sekuat hati(tak rekemenkan sangat)
tips yang terakhir ni aku tak berapa nak rekemenkan sangat, hihihi tapi adakalah nya ada laa juga aku buat , aku tengah naik motor ke,tgh drive kereta ke mula lah aku menjerit tak tentu pasal , hehehe :)
hah amacam ? aku harap tips-tips yang aku bagi ni dapat membantu korang ye ? insyaALLAH ....See yaa....
-SBBS-